|
||||||||||||||||||||||||
| ..KEMBALI.. | ||||||||||||||||||||||||
|
MAS COTEK Mas cotek atau nama saintifiknya, “ Ficus deltoidea ” dari famili “ moraceae ” adalah sejenis tumbuhan meliar yang menumpang di atas pokok lain (epifit). Biasanya hidup di kawasan perbatuan dan pergunungan. Merupakan tumbuhan yang kini mula mendapat perhatian, khususnya dikalangan pengamal perubatan tradisional. Terdiri dari jenis jantan dan betina dengan pelbagai bentuk daun mengikut habitat asalnya. Selain Tongkat Ali (Eurycoma longifolia) dan Kacip Fatimah (Labisia pumila), mas cotek dikenali kerana khasiatnya yang dapat merawat pelbagai jenis penyakit dan baik untuk penjagaan kesihatan. Selain dicampur antara daun jantan dan betina dari pelbagai jenis, bahagian batang, buah dan akarnya yang dikeringkan, juga berkesan untuk perawatan berbagai penyakit. Mas cotek dikenali juga dengan berbagai nama seperti sempit-sempit dan agoluran bagi penduduk Sabah, Serawak dan kepulauan Kalimantan, tabat barito, bagi masyarakat Indonesia, dan beberapa nama lain seperti ara jelatih, ara tunggal, api-api telinga gajah dan api-api telinga kera bagi masyarakat di beberapa daerah lain. Di Afrika, ia dikenali sebagai ‘Kangkalibang’. Sementara di beberapa daerah lain ia juga dipanggil sebagai emas cotek, pokok barito, pokok raja ubat dan secotek emas. Dalam bidang botani dinamakan sebagai Ficus deltoidea Nama mas cotek diberi atas sebab terdapatnya bintik-bintik halus berwarna emas pada permukaan atas setiap helaian daunnya. Malah pada buahnya terdapat titik yang berwarna merah muda. Kami di sini ada menjual beberapa produk-produk:-
GALERI GAMBAR
..KEMBALI.. |
||||||||||||||||||||||||
| Copyright © 2009 KL Agrotech. All rights reserved. | ||||||||||||||||||||||||